26 February 2008

Lirik Marilah Undi


Pilihan Raya semakin menjelang, pilihan raya ke-12 ini jatuh pada 3 Mac 2008 seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita. Penamaan calon juga telah diadakan. Pas telah mendapat satu Dewan Undangan Negeri di Dun Kijang di Kelantan. Barisan Nasional telah memperoleh 7 Dun dan 2 Parlimen rata-rata di Sabah dan Sarawak.

Nada Pilihan Raya sememangnya sudah kuat dan kita boleh melihat warna-warna yang berlainan melambangkan parti-parti yang bertanding di jalan-jalan bandar ataupun kampung.

Di kaca televisyen juga saya boleh menonton Manifesto Barisan Nasional, iaitu Selamat, Aman, Makmur. Iklan media tersebut mampu memberi impak besar terhadap penonton, supaya memangkah parti tersebut.Manifesto terbaharu BN ialah "Kelantan Maju Kelantan Baru". Ia merupakan janji-janji besar dan komitmen pemimpin BN.

PAS, tidak kurang hebatnya telah meletakkan banyak iklan berupa banner di tiang-tiang di jalan-jalan di bandar Kota Bharu. "...Marilah kita pakat jago Kelantan..."

Saya tertarik dengan iklan dan lagu yang ditayangkan dan dimainkan oleh Jabatan Penerbitan Negara. Saya telah mencari di internet namum tidak beroleh. Hanya lirik lagunya yang mampu saya menangkap.

Lirik Lagu Marilah Mengundi
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara


Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Ada siapa mempunyai lagunya, boleh tak berkongsi dengan saya?
kemas kini - saya telah membuat satu video tentang lagu ini.

3 comments:

Anonymous said...

try cari lagu mari mengundi dlm imeem... rasenye ade...

Bibombio said...

tq! dah jumpa

642-901 exam said...

Nice post.Thanks for sharing.